Tuesday, November 30, 2010

LAHIR DI MATA, HIDUP DI PIPI DAN MATI DIBIBIR

CHENTA: walaupun kau tiada di sisi, terima kasih kerana kau menggantikan dirimu dengan air mata. ya, air mata menjadi peneman malamku kini. 

kau tahukan sayang, saat saat bahagiaku adalah bila bersama kamu. melihat wajahmu (terutama hidung & mata yang menambat jiwa) yang hensem dan comot itu, cukup untuk membuatku melupakan segalanya, kerana bila bersamamu, duniaku ada bersamaku. kaulah dunia, kaulah nyawa. kaulah segala.

 namun tatkala kau berkata "abg bahagia dengan biey, bahagia sangat yang..." itu lebih membahagiakan ku. kerana padaku, tidak kau mengucapkan kalimah itu tanpa ku pinta, melainkan kau benar benar merasakannya waktu itu, kan sayang...? jadi, aku sememangnya berhak untuk menjadi insan paling bahagia ketika itu. 

tapi sayangnya, ucapan itu payar benar mahu menjengah ke telinga. kenapa ya sayang? ya mungkin kerana aku bukan perempuan lain. aku kasar, tidak manja. aku buruk tidak cantik. aku pemarah, tidak penyabar. aku juga cemburu buta. buruk sangka lagi.  keburukan ku yang kian tertonjol kini barangkali, membuat kau makin berjauh hati. tapi sayang, pernah kah kiranya kau refleks dirimu kalau kalau aku bertukar menjadi raksasa kerana sikapmu juga...?

No comments:

Post a Comment